Thursday, 25 September 2014

Mendewasakan diri di bumi Eropah

Alhamdulillah, Allah SWT memberi saya peluang menjelmakan impian saya ke Eropah.  Saya di sini, di bumi yang tercetusnya Revolusi Perancis pada 1789, menghayati segedung cahaya di langit eropah.  

PERANCANGAN KE EROPAH

Sejujurnya saya memasang impian untuk ke Eropah sejak 10 tahun dahulu.  Keterbatasan saya dalam berbahasa Inggeris menyebabkan cita-cita ini seperti sukar untuk dicapai, namun manusia itu tak selamanya berada di bawah.  Alhamudulillah, berkat doa semua saya akhirnya menjejakkan kaki di bumi eropah ini.

Tekad dan matlamat saya di sini:

1. Belajar dengan peuh iltizam dan semangat dalam setiap mata pelajaran yang diajar.

2. Belajar kebudayaan, nilai-nilai baik dan bahasa Perancis.

3. Mencari diri sendiri dalam peradaban Islam.

4. Niat untuk menunaikan Umrah kerana perbelanjaan yang lebih murah dari Perancis.