Monday, 25 January 2021

Pentingnya Merancang Kerjaya Part 1

Hari ini saya hendak bercerita ringkas tentang pentingnya merancang kerjaya. Tahun 2012 adalah tahun yang beri impak besar kepada diri saya, banyak perkara berlaku pada tahun itu. Saya mula berkahwin, pertama kali terbang ke luar negara (Mesir), dan juga memulakan pengajian sarjana kej elektronik di UTP secara separuh masa.

Semasa awal hendak mendaftarkan diri dalam master berkenaan, saya telah meminta pandangan kepada Asisten Ketua Staf (AKS) saya ketika itu.

"Tuan, saya merancang hendak menyambung pelajaran. Tetapi saya tak nak sambung master management, saya nak sambung master kejuruteraan."

AKS saya berkata, "Okey Rizal, go on! Kamu tahu berapa ramai yang dah ada master engineering dalam TLDM sekarang (pada masa itu)?"

Saya menggeleng kepala, dia menunjukkan simbol satu dan mengarahkan tepat ke dahinya sambil tersenyum. Saya hanya mampu tersengih, faham yang dia maksudkan adalah dirinya sendiri.

"Mana tahu nanti for the future, Navy nak cari orang sambung PhD dalam engineering, toleh kiri kanan tiada orang, kamu yang dapat."

Saya pun memulakan pengajian master berkenaan secara part-time. Kelas akan berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang setiap Sabtu dan Ahad selama 3 minggu sebulan. Hanya seminggu sahaja akan rehat, tetapi saya perlu 'cover' dengan bertugas di hujung minggu. 

Dalam masa pengajian ini juga saya sudah punya anak, isteri banyak berkorban dalam memberikan saya ruang merealisasikan cita-cita saya. 

Sehingga selepas semester kedua, AKS saya bertanya kepada saya. 

"Dalam pengajian kamu ini, ada double master ke France kan? Kamu tak nak pergi ke?"

Saya jadi terkejut bila diajukan soalan berkenaan, saya tidak langsung berangan hendak ke France walaupun saya tahun Master yang saya sertai ini ada peluang colabration di antara UTP dan Universiti of Burgundy di France.

"Kalau boleh nak pergi Tuan. Tapi macam mana ya?"

"Kamu buat kira-kira, berkorbanlah sikit duit simpanan. Grab apa yang ada. Draf surat, kita buat surat sokongan untuk kamu pergi ke France."

Saya pun sudah berbunga-bunga hati, tetapi dalam masa sama tetap risau tentang perbelanjaan ke sana.
Apakah saya dapat peluang menjejakkan kaki ke Eropah? Sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam benak fikiran saya yang berasal dari desa ini....

Bersambung...