Thursday, 13 December 2018

Malays and Politic

After GE 14 that was held on May 18, the political landscape of Malaysia totally change.  The people call it a New Malaysia seems it is 1st time Malaysia had a change to a new political party instead of 60 years winning by Barisan Nasional.


This change makes all the other countries intriguing with Malaysian people.  It's rare to change the controversial government with only win by-election. It's pleasure to have indirect respect from the other countries.  But day after day, I still doubtful about the change.  For Pakatan, it's clear for them to move this new page of Malaysia into open debate, transparent, no restriction law for students and attempt to make positive economical grow. 

But, certain people especially typical Malay who not vote for Pakatan, they try to do whatever they can to make this government fall.  One of the famous media is Facebook.  Till now, I try to avoid to quarrel with anybody at the facebook.  Most people use FB as their social media connection.  But sometimes, they express something annoying and show how shallow their think.  Certain people that gather into this group is my former schoolmate or childhood friends.  I think to make my relationship with them in good relation, I should terminate them as my friend on Facebook.  Because it's clearly not all your idea accepted to the other people. 

For me, Malay should take this opportunity to rejuvenate their self into a challenging world.  How long for them to hope for Government's subsidies.  If you are Father, sometimes give wealthy to your children will make them dependent and lazy.  I do agree, some of the poor need to help, but not all the contract simply go to the certain people only and they just make money simply by only paid to the others contractor to do a job.

Some of the Malay, the cannot change their mindset.  Some of them still have conservative thinking of Islam without knowing what happens to occur in this global world now.  For instance, some people suggest for Malaysia to change our currency money into gold to follow prophet Muhamad PBUH century.  It's such a historical ignorance, and I believe he doesn't know what is the history of this global economy. Who is conquered the world economy and how the fiat money exists? I'm not said that Gold money is not good, but we can implement it if Malaysia wins for the next World War.

  I don't talk about Chinese or Indians because they are the minority and don't have a special right in the constitution like Malays. I just hope for a better Malaysia.  Malay will still relevant if they are ready to change their mindset. If not, I don't know either this Malaysia country will exist for the next 100 years.








Wednesday, 12 December 2018

PhD Journey

I'm officially entering into Ph.D. life in September.  By the time I wrote this article, the time is ticking and I'm done for 4 months of my journey.  Well, if I describe my journey as a path, now I'm struggling to put my foot on that path.  I'm now in the process to take the potential path and what should I learn.

I put aside all the tips, quote or motivation.  It's good for early but if you take too much, it's no help you and make you more scare.  Believe me.  Of course, all the suffer and problem awaiting you in front, but life is a process.  Everyone will face what the earlier man facing it before.

When you are on study, you may find a problem, no solution and clueless.  Sometimes, you fill that you face a huge wall and you cannot penetrate into it.  Ironically, if you ask me, I will say that a good achievement to sure that you learn something until you achieve that problem.  Compare to the people who don't know what he should or must know.

So, be patient.  The time will be a medicine.  Someone said, 'Fake it, till you Make it'.

Good Luck, Rizal.

Wednesday, 22 July 2015

Pengajaran di Sebalik Tokoh bernama Saifuddin Qutuz

Saya teringat kembali tentang seorang tokoh bumi Mesir bernama Saifuddin Qutuz.  Nama yang cukup popular dalam peperangan Ain-Jalut pada kurun ke-13 Masihi.  Apa yang saya ingin bangkitkan di sini bukanlah mengenai peperangan Ain-Jalut itu sendiri, tetapi mengenai bagaimana kesatuan Islam terhasil sebelum peperangan.

Ajaibnya Saifudin Qutuz naik takhta dalam keadaan Mesir lemah serba-serbi, baik ekonomi, politik malah kesatuan umat Islam.  Mesir pula ketika itu ibarat menunggu masa sahaja untuk di'sapu' setelah kerajaan Tartar Mongol berhasil menakhluki Baghdad (Ibu Kota Kerajaan Bani Abbasiyah), Syam (Syria) dan juga Palestin.

Perebutan kuasa di Mesir ketika itu amat dahsyat, sultan sebelum Saifudin iaitu Raja Izzudin Aibak dibunuh, malah Saifudin juga sendiri terbunuh di tangan Panglimanya sendiri sebelum sempat beliau pulang ke Kaherah setelah Perang Ain-Jalut berakhir. Bayangkan betapa dahsyat perebutan politik semasa itu?

3 langkah yang dikatakan amat berkesan dalam menyatukan umat Islam ketika itu:

(1) Memanggil semua yang bersengketa dan memusatkan keutamaan.  Kesemua pemimpin, pembesar, Ulama', Menteri dan mereka yang berpengaruh dipanggil dan diseru melawan Tartar.  Saifuddin meminta melupakan sebarang sengketa dan kesetiaan diberikan bulat kepadanya, walaubagaimanapun setelah kemenangan terhasil mereka boleh putuskan selepas itu sesiapa sahaja yang layak menyandang jawatannya.

(2) Memberi pengampunan kepada penyokong Mamalik Bahriah.  Kumpulan ini dikatakan menjadi dalang kepada pembunuhan Raja Izzudin Aibak dari Mamalik Muizzudin.  Mamalik Bahriah mempunyai pengalaman luas dalam ketenteraan dan teruji dalam perang Mansurah sebelum itu melawan tentera Salib.

(3) Cubaan menyatukan Mesir dan Syria.  Syria pada ketika itu diperintah oleh Raja Nasir al-Ayubi.  Malah Saifudin Qutuz dalam cubaan memujuk sanggup duduk di bawah tahta Nasir al-Ayubi. Walaupun cubaan ini tidak dilayan, namun akhirnya Tentera Syria menggabungkan diri setelah Raja Nasir memilih untuk menyelamatkan diri.

Faktor lain adalah waraknya Saiffudin Qutuz pada agama dan mempunyai seorang Ulama' yang jujur dalam menasihatinya iaitu Izzudin ibn Salam (berusia 81 tahun ketika perang Ain-Jalut dan turut serta dalam perang tersebut).

;

Pengajarannya, perpecahan mampu diurus di bawah seorang ketua yang berjiwa besar dan menatijahkan kemenangan.  Namun dalam masa yang sama sikap rendah diri dan pemaaf juga menjadi pelengkap kemenangan.  Semoga Allah SWT mengurniakan seorang pemimpin seperti ini buat kita di Malaysia.

Monday, 6 October 2014

Mewarisi sebuah hikmah atau sekadar kebodohan

Aneh sungguh pengguna IT zaman sekarang , terkadang saya rasakan ianya bukanlah suatu yang menjadi rahmat apabila semua orang boleh menulis secara terang-terang di media sosial, bahkan ianya menjadi sebuah keaiban.

Sesetengah orang seperti kera mendapat bunga, mungkin itulah bahasa yang boleh dikatakan.



Ironinya, saya telah merasa lelah dengan facebook.  Bahkan saya dalam usaha menghindarkan sebarang unsur provokasi yang bisa menyebabkan jemari ini ingin berdebat.  Saya hanya remove sahaja satu persatu friends yang betah dengan pendapat mereka.  Kerana hakikatnya debat itu tidak akan merubah apa-apa melainkan menambahkan ego dan kedegilan.  Isunya pula berkaitan Ijtihad, sumbernya pula dari asas yang sama cuma penafsiran yang berbeza.

Samalah seperti zaman berzaman pengikut-pengikut Mazhab 4 Ahli Sunnah Wal Jamaah berdebat berkenaan pendapat Imam manakah yang paling rojih dalam menentukan hukum.  Hingga ke hari ini pun tidak selesai.  Bukan tidak boleh berdebat, namun biarlah orang yang layak sahaja yang berdebat mengenainya.

Baik isu Politik melibatkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, isu Jemaah antara IKRAM dan ISMA, isu-isu semasa jika menyorot perdebatan menjadi larut adalah tindakan orang-orang biasa. Bahkan gelaran 'macai' tidak lagi terpakai untuk orang pengikut BN yang mempertahankan kerajaan malah 'macai' juga kepada pengikut Pakatan Rakyat yang tak pernah nampak langsung kebaikan kerajaan.

Isu CB 90 hilang

Saya tidak mahu mengkomentar isu ini di Facebook, apatah lagi saya jauh dari tanah air untuk mengkomentar.  Bot CB 90 memang bawah kendalian saya dari segi modifikasinya dan saya faham jika mungkin ada kerosakan pada radar mahupun radionya.  Lagi pula saya terbayangkan krew kapal yang bagaimanakah nasib mereka di tengah kepulauan spratly yang memang terkenal dengan ombak setinggi 4 hingga 5 meter di kalangan warga tentera laut.

Namun sedih melihat, pak cik-pak cik yang baik dan jernih wajah. Istiqomah dalam perjuangan parti memperkatakan malah memperlekehkan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.  Cukup sahaja kemulian diri itu dengan banyak diam lebih daripada bercakap.  Kerana dengan banyak cakapnya, banyaklah salahnya, malah hodoh sungguh rupanya buat pak cik yang sepatutnya menunjuka sesuatu yang baik untuk orang muda.

Kala ini, marilah kita mengambil ibrah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, dikira lensa menghala kepadanya, pemberita sudah siap untuk mencoretkan sesuatu di pena, beliau malah amat berhati-hati menyusun kata.  Amat jarang kita mendengar sesuatu yang kontroversi diperkatakannya sehinggalah beliau meninggalkan kita.  Namun adakah beliau tidak buat kerja?  Tidak, bahkan jasanya cukup besar dalam mencorakkan gerak kerja PAS sehingga kini.  Membuka ruang seluas-luasnya kepada profesional masuk dalam PAS dan menggunapakai ijtihad tahalluf siyasi.



Tahanlah diri daripada membodohkan diri

Nasihat saya, jika tidak dapat memperkatakan sesuatu yang baik.  Maka dikira suatu kebaikan apabila mendiamkan diri daripada memperkatakan sesuatu yang kita bukan ahli.  Jika banyak masa, scroll setiap inti komentar kita di FB, akbar-akbar online dan pelbagai lagi dalam masa tahun-tahun ke belakang.  Nilailah sendiri komen yang berbaur emosi yang mungkin tak akan padam daripad memori internet ini berpuluh-puluh tahun akan datang.  Jika kita telah tiada, ini semua akan diwarisi oleh anak cucu kita.


Mewarisi sama ada sebuah hikmah atau sekadar hanya kebodohan.

-------------------------

MS Rizal,
Le Creusot, Perancis.


Sunday, 5 October 2014

Berburu ke padang datar

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


[Maksud pantun ini, lebih kurang supaya berburulah ditempat yang betul agar betul hasilnya.  Jika berburu di padang datar, belalanglah hasilnya.  Jika berburu di hutan barulah pelbagai hasil buruan yang kita dapat.]


Sengaja saya memulakan entri ini dengan pantun di atas.  Jam sudah menunjukkan 1:07 pagi.  Niat di hati memang hendak tidur, namun saya tetap menahan mata ini kerana ada tugasan perlu disiapkan, dan tarikh akhirnya adalah sehari lagi.  Sesekali saya membuka jendela, kesejukan angin malam musim luruh ini boleh tahan juga.  Waktu pagi sahaja boleh mencecah 2 darjah celcius, saya tak pasti bagaimana mahu menghadapi musim sejuk nanti.  Khabar dari teman di sini, bandar kecil Le Creusot ini bersalji.  Moga Allah memberi kekuatan untuk saya mengharungi semua ini.

Bangunan Condercet tahun lepas bersalji

'Mengesan objek yang bergerak'

Begitu mungkin namanya apabila diterjemah daripada bahasa Inggeris, 'Tracking a Moving Object'.  Pelajaran pertama sahaja sudah membuatkan saya 'pusing'(meminjam daftar kata indonesia), lebih-lebih lagi melihat rakan sekelas lain yang mempunyai asas programming yang kuat.  Namun seperti biasa, saya tidak mudah kalut saya akan tenang sahaja walaupun perkara itu tidak tahu.  Ada masa lagi untuk menelaah mana yang tidak faham, bertanyakan mana yang kurang.


Melalui konsep ini barulah saya faham, apa yang dibuat oleh radar yang berpusing-pusing di atas kapal sebelum ini.  Pastinya secara asas semua orang boleh memperkatakan tentang 'tracking' hanya dengan menonton filem hollywood seolah-olah perkara ini hadir dan menjelma begitu sahaja.  Rupa-rupanya ada algorithm di sebaliknya.  Ada asas yang membuatkan saya faham.  Alhamdulillah, kefahaman yang baik, semoga Allah memandaikan saya dalam agama ini juga.

'Sesiapa yang Allah berkehendakan kebaikan dalam agamanya, maka Allah mengurniakan dengan kefahaman dalam agama'.

Sensitif pada sekeliling

Apabila memperkatakan tentang tracking, saya suka menggunakan perkataan ini dalam menjejak sesuatu yang kita mungkin tidak perasan.  Semenjak saya menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana sedari September 2013, saya amat menghargai jasa dan pengorbanan isteri dan anak saya.  Seakan-akan sesak dengan waktu yang padat, (sengaja saya gunakan seakan-akan, kerana ada masa terlalu sibuk dan ada masa tidak juga) saya banyak tidak berada di rumah berbanding berada di rumah.


Bayangkan waktu kerja 0745 saya telah ke tempat kerja, balik hampir jam 7 malam.  Kebiasaannya waktu malam saya telah padat- usrah di malam hari, meeting program, menyiapkan assigment, terkadang juga dipanggil ke pejabat dan juga mengajar part time di UniKL membuatkan saya agak kecapekan(pinjam lagi bahasa Indonesia). Kebiasannya sampai ke rumah telah jam 12 malam, anak pun telah masuk tidur.  Namun alhamdulillah, isteri saya amat memahami perkara ini.  Mungkin juga kerana beliau dibesarkan dalam keluarga tarbiyyah, ayah mertua juga sibuk dengan jemaah dan terkadang tiada di rumah.  Selagi mana isteri saya tahu saya berada di mana itu sudah cukup baik bagi dirinya.
Isteri dan anak saya (Asma' Nurnajla) di Mesir Januari 2014

Tetapi saya faham, adakalanya isteri saya juga akan bosan apabila terlalu lama duduk di rumah.  Saya kebiasaannya akan membawa sahaja jika ada masa lapang untuk makan di luar jika itu sudah cukup menghiburnya.  Di hujung minggu terkadang, program negeri dan daerah yang saya tidak dapat turut serta, saya akan hantarkan isteri.  Tidak mengapalah, sedikit pengorbanan ini sudah sampai ke hujungnya.  Selepas itu mungkin saya berehat sebentar dan akan bergantian dengan isteri pula untuk menyambung pelajarannya.

Saya juga perlu sensitif dengan keperluan keluarga saya, emak dan abah, adik beradik begitu juga dengan keluarga mertua.  Perkara ini perlu ditimbang sebaik-baiknya dan jika tidak boleh dituruti terangkan agar mereka faham.

Apapun terima kasih kepada semua yang mendoakan sehingga saya sampai menjejakkan kaki ke bumi Eropah ini.  Ianya bermula dengan angan-angan dan mimpi.  Ianya juga perlu disertai dengan ikhtiar dan bijak membahagi mana-mana yang lebih priority.  Bagi saya biar miskin harta, asal jangan miskin jiwa.

Thursday, 25 September 2014

Mendewasakan diri di bumi Eropah

Alhamdulillah, Allah SWT memberi saya peluang menjelmakan impian saya ke Eropah.  Saya di sini, di bumi yang tercetusnya Revolusi Perancis pada 1789, menghayati segedung cahaya di langit eropah.  

PERANCANGAN KE EROPAH

Sejujurnya saya memasang impian untuk ke Eropah sejak 10 tahun dahulu.  Keterbatasan saya dalam berbahasa Inggeris menyebabkan cita-cita ini seperti sukar untuk dicapai, namun manusia itu tak selamanya berada di bawah.  Alhamudulillah, berkat doa semua saya akhirnya menjejakkan kaki di bumi eropah ini.

Tekad dan matlamat saya di sini:

1. Belajar dengan peuh iltizam dan semangat dalam setiap mata pelajaran yang diajar.

2. Belajar kebudayaan, nilai-nilai baik dan bahasa Perancis.

3. Mencari diri sendiri dalam peradaban Islam.

4. Niat untuk menunaikan Umrah kerana perbelanjaan yang lebih murah dari Perancis.